Sunday, June 27, 2010

Mukhayyam: Summer Training Camp 2010


An experience I will never forget. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Trekking
Kami telah bertrekking slama 8 jam sejauh 12.6km. Cam nak tercabut je lutut. naek turun bukit, hutan dgn jalan raya sume diredah. hehe. tapi alhamdulillah it was definitely worth it. subhanallah, pemandangan sepanjang trekking tuu, mmg x terexplain dgn kata2. chantekk sangat. Allahuakbar.
Tapi yang paling saya terkesan ialah ukhuwwah antara sume akhawat. Subhanallah. Sepanjang trekking tuu, akhawat2 byk tolong-menolong sesama sndiri, tak kre group sama ke group laen. ade yang gayat mase turun bukit, dipimpin nyer tgn akhawat tuu dan bntu dia. ahli-ahli group gilir2 pegang beg and panji. saling bertanya kaba; tnya ok lagii tak, nak rehat dulu ke. ble ahli group penat, group akan berhenti dan rehat2 smbil mentadabbur alam. makan bekal yang dibawa bersama-sama dan juga beri tazkirah ringkas supaya x buang mase.

Sepanjang trekking juga, akhawat2 sume menghafal ayat-ayat hafazan dari surah al-anfal. Ada yang khusyuk menghafal smpai terpijak tahi kambing pun ade. hehe. tapi yang nak dikatakan ialah akhawat2 xbuang mase and sgt berusaha menghafal smbil bertrekking sbb nk melaksanakan tugas yang diberikan. subhanallah.

One other point, ble dah ade group berjaya smpai puncak bukit dulu and lihat pemandangan yang sangat indah, ahli group tuu akan panggil group laen yang terkebelakang and ajak drg cpt2 datang sbb nk drg tgk keindahan alam ciptaan Allah itu jugak. Kalo kte kaitkan nih dgn Islam; orang yang dah smpai puncak bukit awal2 diibaratkan sbg org yang dah terima hidayah dari Allah & nampak kebenaran and keindahan Islam. Mereka pulak berusaha bersungguh-sungguh untuk ajak yang laen tuk sama2 rase keindahan Islam itu. Tapi setiap orang ade waktu laen2 ble mereka akan terima hidayah Allah. ade yang cpt, ade yang lambat. tapi tugas mereka yang dah dapat dulu tuu tuk trus berusaha mengajak mereka yang laen ke arah Islam.



Games

Perlu buat barisan terpanjang dalam mase 2 minit
Semua ahli group telah letak sume yang ade pada diri (jaket, jam etc) dan barang2 dalam beg pun dikeluarkan & disusun dalam barisan. Ade yang smpat bukak stokin jugak tuk panjangkan lagi barisan and last2 ahli2 group sndiri yang berbaring tuk panjangkan lagii. Dari game nih, kte bley lihat yang kte perlu beri ape je yang ade pada diri kte untuk bekerja untuk Islam. sama ada jiwa, tenaga, kemahiran, harta dan juga masa untuk Islam. Selain itu, kte bley dapat pengajaran yang rantaian ukhuwwah itu sangat penting. setiap benda dipastikan bersentuhan dan tgn ahli group dipaut supaya barisan itu tidak terputus. Another point is that, ade group yang ikat2 barang2 drg supaya x tercabut. ade yang je letak spya bersentuhan. from that, we can see that ble bekerja untuk Islam, terdapat byk pendapat & cara tapi satu matlamat iaitu Allah. jadi kte perlukan meraikan perbezaan & pendapat org laen dlm dakwah

Perlu buat piramid tertinggi dalam mase 5 minit
Terdapat pelbagai cara yang setiap group buat. sume laen. group sy menang tuk game nih jadi meh sy share cara yang paling cepat and tinggi and inshaAllah stabil jugak untuk buat piramid . 6 org telah menjadi base piramid & seorang yang naek atas tuk bentukkan piramid. 6 org kt bawah tuu telah silang2 tgn and pegang tgn sesama sendiri smpai ade base yang kuat and stabil untuk dipijak. saya pulak telah naek atas base tuu (dgn kepercayaan yang sgt tinggi kt ahli group yang drg xkan jatuhkan saya) hehe. ble dah naek atas base, drg pun naekkan base (silangan tgn drg) smpai paras bahu mereka. ble dah smpai paras bahu, baru saya berdiri yang membentuk bucu piramid dgn tangan saya. Pengajaran yang bley dapat dari game nih ialah yang kte perlu ade foundation yang kuat. kalo x mudah je piramid tuu nak runtuh. sama juga dgn kita & Islam. Asas kefahaman kte tentang Islam kene kuat. Kalo lemah, iman kte senang goyah & mudah saja kte futur dan tersungkur di jalan dakwah ini.

Angkat Pen & Angkat Orang menggunakan 2 jari sahaja setiap orang
Angkat pen itu inshaAllah ok cuma perlu kreatif cne nak make sure stiap ahli group sentuh pen

Angkat orang gne 2 jari? susah? mustahil? Bejaya je dilakukan dgn teknik and cara sesuai.
Kalau direlatekan dgn dakwah, kadang2 kte rase seseorang mad'u tu cam makin jauh je dari Islam & cam xde harapan je dia nak bergerak bersama-sama dalam jalan dakwah nih. Tapi x mustahil, mad'u tuu yang terbukak hati tuk bekerja untuk Islam & org yang kte sangka nak bekerja tuk Islam tu pulak yang tertutup hati tuk bergerak. Yang pentingnya adalah supaya kte tidak berputus asa terhadap mad'u tuu dah truskan usaha mengajaknya ke arah Islam. Terpulang kpd kebijaksanaan & kekreatifan kte untuk trus menyedarkan mad'u itu sbb Allah yang pegang hati manusia. Dan Allah memberi hidayah kpd sesiapa saja yang Dia mahu.



Explorace
Orienteering slama 4 jam. Jalan die lagii mencabar dari trekking . Setahu kita kan, kalo explorace tuu cam amazing race gitu, yang org berlari2 nak cari sume checkpoint and smpai garisan penamat cpt. Setiap checkpoint ade task. soklan2 yang byk uji kefahaman kte tentang Islam. Banyak sal sirah, ayat2 Quran, sahabat2 nabi, silang kata, peta negara2 Islam, bahasa arab etc. Ble kte tersesat atau x jumpe2 checkpoint atau penat, group akan dok berehat dulu & makan lagiii. hehe makan je ktrng ;) sbb untuk cari sume checkpoint & smpai garisan penamat dulu bkn prioriti kami. kami lebih utamakan untuk menyelesaikan soklan2 dalam task. sbb soklan2 itu sndiri menambahkan lagii ilmu Islam kami. Ble ahli group penat sgt and x larat lagi, , dipimpinnya tangan & smgt trus diberikan. Subhanallah. Explorace ini sunnguh laen, sbb ahli2 explorace sume adelah dikalangan akhawat2 yang telah ditarbiyyah & berada di jalan dakwah. Alhamdulillah. Sume aman damai, xde berebut, mencarut, salahkan org laen atau bergaduh2 sesama ahli kalo sesat ke ape. Ade group yang siap ajar cara ke checkpoint2 sbb nak sgt group lain selesaikan sume task jugak. subhanallah. ukhuwwah yang terjalin kerana Allah itu sangat indah.



OBH
Everyone was blindfolded & dibawa ke satu tempat lain. Mase tgh duduk tuu ade sorang akak datang and bisik cakap, 'nanti ble dgr arahan dari si X, baru bley gerak. Dari X je tau '. Tak lama lps tuu dgr laa X panggil nama kte and kasi arahan. Tapi dalam mase sama gak, ade pulak suara 'pengacau' panggil nama and kasi arahan laen untuk mengconfiuskan kte. Ade jugak mase tgh mengikut arahan X, 'pengacau' ckp 'eh, jatuh laa budak tuu nnt '. kte automatically akan stop sbb tkot jatuh kan. Ade jugak yang kacau dgn berbisik kat telinga and cakap 'eh, awk tengah blok jalan org nk lalu nih, jom pi sini sket' . kte pun mungkin terpikir nk grak sbb kte block jln org laen, tapi kalo kte still ingat arahan awal2 tadi, kte xkan terganggu dgn hasutan 'pengacau' nih yang diibaratkan sbg syaitan. Syaitan sentiasa akan menghasut kte untuk mengingkari suruhan Allah. It's up to us to fight back. Iman kte kene kuat untuk lawan hasutan syaitan.

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. (Ibrahim 14:22)



Kayak, Canoe, Boat

Kayak: Naek seorang saja. Berkayak smbil bermaen netball air selama sejam
Canoe: Naek 2 orang. Bercanoe smbil bermain netball air jugak slama sejam
Boat: 10 orang naek satu boat. 2 boat berlawan. mendayung ikot laluan die dan tgk sape smpai dulu.

Stiap kali mendayung, kami sume bertakbir. ktika takbir dilaungkan ia manguatkan lagii smgt kami wpun tgn dah lenguh sgt. smbil mendayung smbil tuu jugak melihat kebesaran Allah. tasik yang sangat besar & chantek. Kalo naek boat ia perlukan seroang ketua yang beri arahan. and sume kene ikot arahan ketua je baru bley berjalan dgn lancar. Allahuakbar! Boating pun dilakukan slama sejam.






All in One

Untuk game ini, kami dibekalkan dgn 7 barang; windbreaker, botol, selipar, jam, gunting, pen, stokin. Stiap bnde ini disusun dgn satu susunan tertentu. dari segi lipatan stokin, lipatan windbreaker, arah pen, botol etc. Setiap group ade 6 org (1 pemerhati, 1 pemberi, 2 penerima [satu berckp, satu bisu], 2 pembuat).

Pemerhati
Perhatikan sususan barang2 itu dalam satu jangka mase & kemudian pergi kpd pemberi dan menerangkan ape yang dilihat tadi. Menggunakan apa saja yang ade pada diri untuk terangkan supaya pemberi dapat gmbaran yang btul.

Pemberi
Menerangkan kembali ape yang pemerhati telah btau tadi.

Penerima (2 orang)
1) Yang bley bercakap ya atau tak saja
2) Yang perlu bisu & tunjuk isyarat tgn je

Dua org penerima ini kene sentiasa berpimpin tangan.

Pembuat (2 orang)
Akan bertanyakan soklan2 tuk mengetahui ape yang telah pemerhati lihat & cuba buat ape yang dapat.perlu tnye byk soklan sbb penerima bley jawab ye atau tak je and tunjuk isyarat.

Penerima ada satu talian hayat dan dibenarkan berpatah balik ke tempat pemerhati skali saja untuk lihat susunan.




Saya sangat2 terkesan dgn pengajaran game nih. Mari kte relatekan game ini dgn Islam & kita. Kita, alhamdulillah telah menjadi insan terpilih ynag diberi hidayah oleh Allah. Kte telah mendapat kesedaran tentang keadaan realiti umat Islam sekarang & sudah faham tetang kewajipan kte menyampaikan syahadah kpd org laen. Kte dah nampak kebenaran & merasakan keindahan Islam itu sndiri. Tapi adakah kte hanya ingin menjadi pemerhati semata-mata? dan simpan sume pada diri sndiri sahaja? Sudah tentu tidak kan. Kte mesti nak smpaikan smpaikan kat org laen jugak sbb kte nak sangat org laen rase ape yang kte rase tentang keindahan Islam itu. Kte nak tergolong dalam kumpulan org yang bekerja untuk Islam & berada bersama-sama dalam gerabak ke syurga inshaAllah.

Tapi ble kte dah commited untuk bekerja untuk Islam, adakah kte nak tag along je atau btul2 melakukan tugas kte? Kalo dalam game td, kte ade 2 penerima (satu bley berckp and satu yang perlu bisu tapi bley kasi isyarat tgn). Orang yang bley bercakap ya atau tak itu diibaratkan sbg org yang btul2 bekerja untuk Islam. Orang yang bisu itu pulak bley dilihat dr dua sudut, satu negatif and satu positif. From the negatif point of view, kte dapat samakan org bisu itu spt org yang tag along je dgn golongan bekerja untuk Islam tapi sbnrnye die tidak bekerja pun. As for the positif point of view, org bisu itu bley disamakan spt org yang mmg btul2 nk bekerja untuk Islam tapi mmpunyai kekurangan pada diri. eg: x pndai bercakap dpn khalayak ramai etc. tapi org nih wpun mmpunyai kekurangan itu, dia still berusaha untuk bekerja jugak. kalo tadi dia xle cakap dpn org rmai, kali nih dia buat group kecik & trus mencuba atau membantu dari segi teknikal etc. Yang penting dia still berusaha untuk menyumbang dalam kerja dakwah ini.

Akhir skali dalam game tuu, pembuat bertanyakan byk soklan kpd penerima untuk tahu keadaan susunan barang. Pembuat akan buat ape yang difahamkan dr jawapan2 penerima tadi yang mempunyai gambaran yang telah diberikan oleh pemberi yang diterangkan oleh pemerhati. Bayangkan, pembuat itu dapat maklumat tentang Islam yang telah dipass down dari bbrpe org sblm tuu yang mungkin telah ditokok tambah & tidak tepat lagii. Sebab itu, penerima diberi talian hayat untuk kembali ke pemerhati & lihat semula susunan untuk pastikan kebenarannya. Sama jugak dgn kte dalam jalan dakwah nih. kte xle nak trime sebulat2nya ape yang orang btau kte and kte jugak xle smpaikan saja ape yang kte tahu kpd org laen. Pape yang kte buat kte sntiase kene pasti ia sahih & tepat. Sbb itu kte kene sentiase kembali kpd Al-Qur'an & As-Sunnah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

No comments: