Hati Ini... Memohon petunjuk dariMu
Saat ku berjaya mengawal perasaan itu buat sementara waktu
Muncul pula insan lain dalam hidupku
Yang membuatkan diriku kini keliru
Hati Ini... Bersyukur dikurniakan sahabat2 yang begitu mengambil berat tentangku
Yang sentiasa ada untukku di kala susah & senang
Yang berjaya menghiburkan diriku di kala kerisauan & kesedihan
Yang tidak putus memberi nasihat & sokongan
Hati ini... Terlalu sedih
Bila membuatkan orang laen sedih disebabkan kesilapanku
Bila membuatkan orang laen risaukan diriku
Bila membuatkan orang laen bersusah payah keranaku
Hati ini... Redha atas ketentuanNya
Ketika diberi satu tugasan yang perlu diselesaikan
Yang jika dilihat skali seperti tiada harapan
Tetapi bila diingatkan tentang janji Tuhan, inshaAllah mampu dilaksanakan
Hati ini... Bersyukur kepadaNya
Kerana sentiasa diberi ketenangan
Kerana sentiasa diberi semangat untuk terus berjuang
Kerana sentiasa didampingi sahabat2 yang mengingatkanku kpd Tuhan
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman (Al-Imran: 139)
3 comments:
Sabari itu sebahagian daripada Iman ..
Selamat Kembali kepada Farah !
Yupp2 btul tu.. Thank you Anam! :)
Post a Comment