I would like to share some beautiful quotes and messages from people with beautiful hearts about the beauty of dakwah :)
This is the beauty of dakwah...
Bila sedih ada orang turut sama berkongsi kesedihan,Bila jatuh ada orang yang sama2 membantu untuk bangun,Bila gembira ada orang yang mengingatkan,Bila lalai ada orang yang menegur,Bila sepi ada orang untuk menceriakan,Bila jauh dari Allah ada orang berusaha untuk tarik kita kepadaNya semula,Bila sakit ada orang bertanya khabar,Bila berjaya ada orang yang lebih gembira dari kita,Bila gagal ada orang yang meniupkan semangat semula,Bila berusaha ada orang yang membantu melipatgandakan usaha kita,Bila berjalan ada orang memimpin tangan kita,Bila berlari ada orang yang membantu malajukan lagi langkah kita.......
[Kak Ayissah Sanudin, 2010]
dan begitulah seterusnya.. 'bila' itu tidak akan berakhir, barangkali sehingga kita sama2 berada di JannahNya. Jadi percayalah, kalau kita rasa jalan ini susah, kita akan lebih susah kalau kita tinggalkan jalan ini. Kalau kita rasa takut, kita akan lebih takut kalau kita tinggalkan dakwah ini. Kalau kita rasa penat, kita akan rasa lebih penat kalau kita tinggalkan sunnah Rasullulah ini.
Allah hanya suruh kita berusaha dan Allah dah janji kalau kita berusaha kita akan berjaya. Dan janji siapa lagi kita nak percaya kalau bukan janji Allah?
Dalam kemeriahan kita bekerja, kita perlu bersunyi-sunyi hati dengan Allah. Adukan segala-galanya kepada Dia. Yang kita perjuangkan adalah agamaNya. Dialah yang akan memberi segala KEKUATAN. Rahmat Allah itu LUAS...
Pandanglah ke bawah untuk sedar nikmat yang melimpah,Pandanglah ke atas untuk insaf amalmu yang terbatas,Moga di situ nanti TAKUT dan HARAPmu bersemi...
Kekadang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan,Tapi harus ditempa oleh kerikil ujian,Seringkali kealpaan & mazmumah diri diperingatkan oleh kesempitan rezeki...
Sejauh mana kita mengasihi manusia,Dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada yang Esa,Hitung kesyukuranmu...Bukan kesukaranmu...
Kekadang TUHAN menyempitkan...Agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan,Kekadang DIA melapangkan...Agar engkau tidak selalu dalam kesempitan,Kekadang DIA melepaskan kau dari kedua-duanyaAgar engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain-Nya!
[Kak Nurul Efa, 2010]
Cukup sekadar ini, kerana yang dituntut ialah 'rasa' daripada kata-kata, bukan keindahan bahasa dan susunannya. Kalau begitu, 'rasa' ini tidak akan dapat dihentikan oleh sesebuah noktah. Ia akan terus berbicara dalam bahasa hati... tanpa kata, tanpa suara. Jangan terus meratap, tetapi yakinlah walau betapa dahsyat sekalipun perang dalam hatimu... Rahmat Allah itu luas...
Doa itu harapan. Manakala usaha adalah langkah untuk merealisasikan harapan itu. Dengan berDOA kita mengharapkan sebaik TAKDIR. Dengan berUSAHA kita melaksanakan sebaik TADBIR. Apabila bergabung TADBIR & TAKDIR yang baik, InshaAllah kita akan berubah ke arah yang lebih baik :)
These meaningful quotes and messages have always boosted up my spirit especially when I'm feeling down. Yes, jalan dakwah ini memang penuh dgn ujian & cabaran. But, with no pain, there's no gain right? 'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?" ' [Al-Ankabut:2]. Kita nakkan syurga Allah kan? So let us strive for His Jannah! Honestly, ukhuwwah, kerjasama, ujian, cabaran di jalan dakwah ini lah yang telah menguatkan diriku & semangatku. It has made me stronger inside. It is the best nikmat Allah has given me which has guided me in many ways to make any decisions in life. Don't ever think of letting it go. Peganglah betul2 pada tali Allah ini dengan kukuh dan percayalah dengan janji2 Allah.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Al-Imran:103)