Friday, April 03, 2009

Belum Layak Lagi





Lelaki Idaman Saya adalah Seorang Lelaki yang Beriman
Yang Hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang Jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan Ilmu
Yang Solatnya adalah Maruah Dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang yang berjuang di jalan Allah
Yang Istiqomah dengan perjuangan menegakkan Islam…

Lelaki Idaman Saya adalah Lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan Ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan Harta Dunia yang dicari
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan, walaupun musuh Allah sentiasa mendatang…

Lelaki Idaman Saya adalah Lelaki yang menghormati Ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga Rukuntangga
Yang akan mendidik Isteri dan Anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana Dunia baginya adalah Persinggahan
Dan Akhirat adalah Singgahsana kenyataan…

Lelaki Idaman Saya sentiasa bersedia menjadi Imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbual dan berbicara
Yang menjaga matanya daripada kemungkaran
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan Rahmat Allah ke atasnya…

Lelaki Idaman Saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya lesu kerana kepenatan membaca
Suaranya serak kerana penat Mengaji, Berzikir dan Berjihad
Bangunnya Subuh penuh Kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah dengan penuh kematangan…

Lelaki Idaman Saya sentiasa mengingati Mati
Yang baginya hidup di dunia adalah Ladang Akhirat
Yang mana Buah Kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan Perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki Idaman Saya adalah Lelaki
Yang tidak terpesona dengan Buaian Dunia
Kerana Dia mengimpikan Syurga
Di sanalah Rumah Idamannya
Dan Dia ingin membawa Saya bersama
Dia lah Lelaki Idaman Saya..

Tapi jauh di sudut hati sedar dan insaf
Tak layak kumendambakan yang terbaik
Andai diri ini belum bisa menjadi yang terbaik.



3 comments:

Hisham Mahir said...
This comment has been removed by the author.
Hisham Mahir said...

nice post farah. I barely know you. haha.. but yeah moga jadi iktibar buat lelaki2 dan tak lupa perempuan2.

target nak jadi laki dalam description farah tu. ^_^
Islam adalah yang terbaik, so umat die kene dalam keadaan yang terbaik gak. Teruskan tarbiyah~.

satu mesej yang tersirat dalam tulisan tu, laki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.
kalau dambakan insan sebaik rasulullah, jadilah seperti siti khadijah atau a'ishah, kalau dambakan insan semulia ali, jadilah seperti siti fatimah.

again, nice post

salam ukhuwah.

farah eliza said...

salam hisham~

thanx there! yeaaa i juz know u like hisham is hisham.. aka icam?? hehe

yuppp... bnde nih it works both ways kn.. ppuan kene brusaha tuk menjadi wanita solehah n laki berusaha tuk menjadi laki yg soleh...

laki yg baik utk perempuan yg baik.insyaAllah kalo kte ditakdirkn dgn seseorang, sume ad hikmahnya...krna Allah Maha Mengetahui... =)

thanx for ur view n cmmt! sama2 kte berusaha mencari keredhaan Allah.. insyaAllah

salam ukhuwah =)